Saturday 31 March 2018

SAAT MAGIKA BERSAMA TWB..

SAAT MAGIKA BERSAMA TWB!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Actually, this is my first time doing blog.. Entry 1st ni i nak kongsi dengan semua Saat Magika I Bersama The Walking Beauty...

At first mesti korang tertanya-tanya apa itu The Walking Beauty..

APA ITU TWB?

Projek The Walking Beauty adalah suatu projek SPA TANPA KEDAI yang direka khas untuk membantu golongan wanita yang sedang tercari2 sebuah perniagaan yang MUDAH, SIMPLE, FUN tetapi mampu memberi pulangan yang sungguh luar biasa.

TWB ini telah diasaskan oleh Puan Ainul Shahrazad binti Ab Razak (www.ainuldsecrets.com) dan telah dilancar pada 31 Julai 2015...

Haaaa nampak tak dah berapa lama TWB ni da bertapak dan sampai sekarang makin berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh pelusuk negara. So dari sini kita boleh lihat TWB ni adalah projek yang kukuh, kalau tidak masakan TWB mampu bertahan sampai sekarang..Ok sekarang semua dah dapat tahu serba sedikit tentang TWB ni.. 


SEBAB SERTAI TWB??

Sekarang i nak cerita kenapa i join TWB ni..
I merupakan isteri dan ibu kepada dua orang anak dan juga seorang wanita bekerjaya yang bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai juruteknologi makmal perubatan.. 

Sejak dari kecik I memang suka berniaga dan bercita-cita untuk mempunyai bisnes sendiri... tapi impian I tu tak disertakan dengan usaha.. banyak tuntutan lain menyebabkan i lupa impian i yang besar tu...


Sampai la satu masa i melahirkan anak i yang pertama.. waktu ni kalau boleh tak nak berenggang dengan anak.. waktu tu juga mula tak senang duduk nak hantar anak ke taska dengan kes dera yang berleluasa, kes tersedak susu dan tak kurang juga kes dera seksual... Ya Allah waktu ni 100% hati ni bulat hanya berserah pada Allah supaya dipelihara anak syurga ini..

Bermula dari sini i berjinak-jinak niaga perfume, telekung, makanan dan macam2.. tujuan i hanya satu i nak cari pasif income yang boleh buat i ada backup income kalau i berhenti kerja.. YESSS!!!I MEMANG NAK BERHENTI KERJA...

huhuhuhu...

Husband ada banyak kali menyuarakan pendapat supaya i berhenti kerja.. dia kata insyaAllah cukup.. tapi bukan tu yang i risaukan... i nak hidup i sentiasa bersedia sebab kita hanya merancang Allah yang tentukan.. i bukan bersangka buruk dengan perancangan Allah tapi Allah bagi kita akal untuk kita berfikir dan ini cara i berfikir.. i xnak dah terhantuk baru nak tergadah...

Kita tengok contoh intan bekas madu izreen azminda tu.. ada dia tahu dia akan dimadukan? dia sendiri mengaku suami dia baik dan saya yakin suami dia sendiri xmenyangka yang suatu hari dia akan menduakan isteri dia...

acerr gila i nak bhnti kerja selagi xde income lain.. hey.. ude tu x hensem tau boleh kena kebas laki i hensem mau i x takut kena caras...huhuhuhu...


So start from this 3 factor, i try to find out something that can be my passive income in the same time can be my career in future...huhuhu

I memang minat pergi spa.. mula dari sini i slalu berangan kalau i ada spa i akan make sure semua pelanggan i puas hati... i akan belai dorang macam ape yang i inginkan setiap kali i pergi spa.. dan i nampak spa ni ada masa depan yang cerah.. kenapa i cakap macam tu?? sebab cube u tanya perempuan kat luar sana dorang nak cantik x? i xrasa akan ada perempuan yang x suka jadi cantik... so cube la you all bayangkan pasaran spa ni teramat la besarnya....

KALI PERTAMA JUMPA KURSUS SPA YANG MURAH DAN MERANGKUMI SEMUA!!!

So i start godek-godek pasal kursus spa, then i jumpa la TWB ni... TWB ni adalah kursus yang paling murah dan paling lengkap dalam banyak-banyak yang i survey... jadi x boleh lepaskan peluang.. cepat-cepat booking slot dan attend kursus spa TWB ni... bayangkanlah hanya dengan kursus satu hari anda boleh mahir da dapat banyak kelebihan..

HARI KURSUS..

Hari kursus pun bermula... pada mulanya saya agak gugup nak pergi kursus.. saya  ni ada masalah sikit.. kurang keyakinan diri.. tapi bila dah jumpa pn ainul hilang segala takut semua.. pn ainul layan i mesra macam da lama kenal dan buat i tak kekok... belajar personal one to one ini yang amat berharga.. kalau kita hadiri kelas spa lain biasanya dalam kelompok yang besar dan sukar untuk fokus... Bukan setakat ini sahaja TWB turut ajar kita macam mana nak jana 4 cabang income dgn TWB... 😱😱😱...lau nak tau kena join kelas TWB baru la tahu... huhuhu..


DAH BERSEDIAKAH??

After habis kelas TWB setiap peserta akan diberikan task sebelum mula dengan pelanggan sebenar... so pointnye kat sini semua ahli TWB ni da betul-betul bersedia bukan hari ni belajar esok amik customer sebab kita x boleh jamin tahap keberkesanan dan kepuasan yang ahli TWB boleh berikan kepada pelanggan..

SUPPORT GROUP..

Lebih menarik lagi kita akan dimasukkan kedalam support group yang supportive gila... share ilmu marketing share customer so tak de la kita terkontang kanting ye dok?? huhuhu

Finally sebelum i tutup entry ni i nak uolzz tahu yang TWB ni bukan calang-calang projek.. bukan setakat untuk surirumah malah untuk wanita bekerjaya or adik-adik yang masih terpinga-pinga mencari erti hidup.. come and join us... 

I mungkin belum ada kedai spa sendiri tapi atleast i da ada spa sendiri... adik or kakak-kakak.. tak ada impian yang datang bergolek, semua kena usaha.. so start skrg... amik first step jangan terus menunggu.. mencuba adalah lebih baik dari tak buat apa.. percayalah setiap yang kita usahakan pasti ada ganjarannya...😊😊😊😊


No comments:

Post a Comment

TWB The Glamorous Mobile Spa

Assalamualaikum.... Wah.. da lama rasa kak ya tak berblogging... sibuk sikit la adik2... mna dengan keje hakiki , kursus ke Institut Kans...